Friday, December 19, 2008

~ Terjerat



Aku menatap gambar wajahmu
Di ruang kamar ku...
Di temani dua puisi
Tentang lara hati...
Oh..angin malam dengar laguku
Sampaikan salam rindu..
Aku ingin merisik kalbu
Walaupun tinggal kenangan...

Aku terjerat...Dalam api cinta
Resah...gelisah
pun tiada menentu
Bila semalam kita tidak bertemu
mimpi..terasa oh..sepi
Bila dirimu tak kunjung tiba

Sampaikan salam
Akhir dariku..
Andai kau ingin kembali
lupakan saja niatmu...
kerana aku kini insan setia!!

Tuesday, November 18, 2008

~ coretanku..

> Friends are like stars..you dont see them all the time, but you know they're there..

> Love is like a war..easy to start, difficult to end and imposible to forget...

> For good times and bad times, I'll be on your side forever more.. That's what friends are for..

> Special time to share your special feelings with your special someone...

"Adalah mudah untuk menjadi ceria
apabila kehidupan anda berjalan lancar,
tetapi..Seseorang itu akan dikagumi di masa derita
jika dia masih mampu untuk tersenyum"

"Sekian waktu aku disini,
mencari kedamaian yg hilang..
entah mengapa langkah ku terhenti,
lalu aku berilusi tentang keindahan"

"Harta dan kekayaan bukan ukuran dalam sebuah perhubungan,
Yang utamanya ketulusan dan keluhuran hati perlu dibekalkan
agar perhubungan yang terbina kekal abadi hingga ke akhir jalan.."




~ Andai aku bisa terbang
pasti aku berikan kau kebebasan,
Andai aku punya sakti
akan aku berikan kau segalanya,
Andai aku seanggun bidadari
pasti ia hanya untukmu,
Andai aku punya kesetiaan
tentunya kau insan awal dan akhiran,
Tapi aku insan biasa
tak boleh merubah segalanya...



Sunday, November 16, 2008

~ Cinta luar biasa



Wei, aduss!! Tarak guna punya exam...Wat sakit pala jak,aku blajar...
Tapi itu aku x kisah...
Bila teringatkan ko..kekanda yg disayang2, intan payung, permata hati, penyeri jiwa dan akhir sekali jejaka yg aku rindu separuh giler...
Wa..terus jadi bersemangat...
Lek'aaa, belum lagi giler tapi baru nak biol!!
Arggh, azabnya menanggung rindu..sengsaranya...
Tulah gatal sangat nak jatuh cinta!!! nah, skarang sapa susah? Aku juga yg susah...
Laa..kalau aku isytiharkan dia tu memerangkap kekasih aku, dia x tau pun..
malah aku wujud ker tidak..mungkin dia x sedar pun!!
Huh!! aku pedulik apo??? Yg penting aku bahagia...selalu!!!
Org cakap aku syok sendiri pun, aku x kisah... Janji, aku gumbira jd peminat abang Bayau!!!
Bayau...
Aiyaaa..camnelah ko skarang??
Dimanalah ko skrg...kekasihku...
Wah..dah pandai gelar dia kekasih!!
Well, pembaca..suka ati akulah..
Apa korang pedulik!! Biarpun abang Bayau mungkin dah ada kekasih...
atau dia dah ada pompuan lain yg dia minat!!
I x kisah..jadi isteri dia yg ke-2, ke-3, ke-4 pun I sudi!!
Paling tidak pun gelpren dia ker..ekekeke...
Gundik tu...I x naklah!!
Tetapi jadi org gaji dier ataupun gadis cleaner rumah dia, tukang masak...pizza girl..
Wuihh, aku sanggup!!
Yg penting aku sentiasa berada di samping dirinya...
Walaupun aku pernah bertekad takkan jatuh cinta sampai 'mereng' camni...
lagi2 setelah berkali-kali dilukai oleh jejaka2 yg pernah aku minat..sebelum nie..
Apakan daya..aku hanya insan biasa..cam "samuel" dan cam korang sume..
mungkin suatu hari nanti..aku akan luahkan segala yg terbuku dihatiku...
Tapi bila tu, aku pun x tau...Biar masa menentukan..
Sekarang nie..aku akan tumpukan perhatian merancang strategi2 giler..
untuk membuatkan aku berjaya menjadi salah seorg kawan ko...
Wahahaha!! dan Heh!! Heh!! Heh!!
Biarpun aku terpaksa bertumbuk dgn Reeha, berkungfu dgn Aimi..Wei, kacang jer tu..
Aimi kan lembik..Ha! ha! ha!
Atau, bergusti dgn pesaing2 lain!!
Aku x takut!! Untuk Bayau..Badanku yg dipenuhi dgn lemak2 manis nie...
serta merta bertukar menjadi muscle!!!
Yeah..4 Slay(Bayau) kekasihku.. dlm mimpi... Aku jd SuperGirl!! Kalah PowerPuffgirl,
PowerRangers.. Malah Sailormoon pun tewas...
Hanya sorang jer yang bleh lawan...iaitu ko sendiri...
Kalau ko tolak cinta aku....x perlah...
Biarlah aku kecewa buat yg entah ke berapa kali...
Well, kumbang bukan seekor..kan!! kan!! kan!!



~
"A line_____knows no limit,
Unless, you put an end to it..
Hope our friendship is a line that runs____forever!!"

Saturday, November 15, 2008

~ Bukan cinta monyet




Walau siapa pun dirimu,

Bagiku, kau tetap abadi dalam ingatan!!
walaupun kau beruk,
walaupun kau babun..
kau tetap menjadi pujaan
si pengarang jantung..
walaupun kau tak pandai panjat pokok,
dan tak pandai bergayut...
Tapi..kaukan boleh ajar...
Moga cinta kita bukan sekadar
cinta monyet..
Tapi, biarlah ia menjadi cinta beruk...
walaupun dikala rindu
ku x dapat melihat mu..
sekurang2nya
melihat dirimu di tv dan zooo...
jadi pengubat hatiku ini.

Friday, November 14, 2008

~ Aku cinta padamu...



Lidahku kelu,
Aku tak terkata kalimah itu..
Bila berdiri di depanmu,
Aku terus diam membisu,
Walaupun hatiku ingin melafazkan sesuatu....

Dekat padamu,
Aku merasai hidup baru
Sinar bahagia memenuhi kalbu..
Aku..terbuai dengan suaramu yang syahdu
Matamu yang membawa makna seribu
membuatkan aku ingin memilikimu..

Dengan itu aku akan sabar menunggu
Meniti ruang waktu,
Untuk mengikrarkan kalimah itu
Yang akan membuatkan kau tahu
Bahawa...aku cinta padamu..

~ Arus kehidupan



Suasana sepi seketika,

Cuma kedengaran kicauan burung,
Indahnya alam ini,
Penuh kehijauan,
Hutan rimbanya yang tumbuh merimbun,
Lautan biru yang terbentang luas,
Ombak memukul memecah kesunyian..
Corak kehidupan,
semakin berubah,
Mengikut arus dan masa..
Ada kalanya,
Kita harus sedar,
masa takkan berulang...
Masa,
Akan terus berlalu..meninggalkan kenangan,
Hati di selubungi persoalan,
Insaflah...
Masa remajamu takkan kembali,
Hargailah setiap detik yang berlalu...

Thursday, November 13, 2008

~ 0..1..2...



Disini aku termenung
Menunggu dan menanti..
Hatiku makin keresahan,
Ada yang tak kena...?!
Kucuba untuk bertenang
banyak yang ku fikirkan..
Haruskah ku berganjak?
Tidak!!!
Hari ini akan ku lakukan jua,
Akan ku tunggu ketibaannya
Muka merah membara,
0..1..2.
1 per 1 juta saham,
Fuhhh!!! Leganya....

Wednesday, November 12, 2008

~ coretan



Jangan menaruh harapan terhadap sesuatu
yang belum pasti berlaku,

kerana harapan sebegini..Selalu berakhir dengan kekecewaan.....


Satu senyuman bermula dari senyuman terdahulunya,
Jadilah yang pertama tersenyum..!


Apabila bertemu orang baru,
pastikan anda tinggalkan dia sebagai kawan...



Berlagu riang bak burung berkicauan,
itulah rutin kehidupan yang kita dambakan..
Bukannya bermuram durja menerja rona2 kehidupan tanpa
sekuntum senyuman terpalit di wajah..
Ia akan membawa kita mengenali erti sebuah kedukaan
sekaligus mengungkai istilah belajar dari kesilapan...




Usah jadikan diri kita sebagai kelkatu yang mati terbakar oleh cahaya,
Begitu juga semut yang mati tertewas dek kerana gula..
Sebaliknya jadikan diri kita sebagai manusia
yang sentiasa berpegang teguh pada pendirian dan tidak sesekali goyah
perjuangan walau sekelumit meskipun di landa badai gelora..

~ Di Batasan Cinta (a song)



Pepohon cintaku
Kian merimbun
Semakin di cantas
makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku
Menolak cinta yang hadir di jiwa
Tanpa di paksa

Adam dan Hawa bercinta di syurga
Angkara iblis...terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta
Kenal Pencipta
Dengan cinta
Kenal RasulNya
Kerana cinta
Kenal saudara..bahagia keluarga
Indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsarala jiwa
Sengkera dan dusta
Yang meragui jiwa
Di batasan cinta
Syariah terjaga
Tanpa kemampuan..Tanpa keraguan

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaanku...

Tuesday, November 11, 2008

~ Teman @...



Perkenalan semalam
Mengikat satu persahabatan
Gurau senda & pergaduhan
Adalah lumrah dalam berkawan
Suka dan duka dikongsi bersama
Membuatkan kita semakin akrab..

Kemana pergi pasti bersama
Walau aku sering menyakiti
Tak pernah sekali engkau membenci..

Terasa rindu bila kau jauh
Perasaan aneh wajud di hati
Mula sukar untukku mentafsir
maksud hubungan yang kita jalin..

Satu malam aku bermimpi
Engkau pergi tidak kembali
Airmata tak henti mengalir
Walau hanya sekadar mimpi
Tidak ingin ia terjadi

Kata putus telah ku capai
Tidak ingin sekadar teman biasa
Agar engkau dapat fahami
Engkaulah teman sehidup semati...

Monday, November 10, 2008

~ Seseorang...


Sayupku malam
Rebah...
Mengejar sinar yang suram,
Aku gelisah...
Debu-debu berterbangan
Tersesak nafas,
Berdiri keseorangan
Menanti sebuah harapan,
Timbul beribu persoalan...
Tanpa jawapan,
Ku berlari ke fantasi
Memohon belaian mimpi
Dan simpati...
Namun indah hanya sementara
Lantasku tersedar,
Realiti menampar merta
Tergamam seketika,
Kini...
Kaku aku berdiri,
Illusi ku....
Seseorang ada di sana
Inginku capai,
Tapi tak terdaya
Si pungguk tertawakan ku,
Khayalan pun berlalu....

~ Khas buatmu...Cikgu Al-Beari...



Coretan 2004 masih lagi jauh,

Nak ku capai, pasti takkan ku gapai..
Kehilangan seorang insan yang bergelar cikgu,
semuanya dalam sekelip mata..
begitu pantas sekali kita bersama..
begitu singkat sekali kita meniti jambatan ilmu..
Dalam kenangan,
Memori 2003,
Kita pernah bersama,
di Kiulu, Tamparuli,
Biarpun semuanya menyiksakan
namun ku tetap gembira
kerana mu, ku terus perjuangan..
Istilah ketabahan, menjelma di diriku..

Kini muncul pula 2004,
kita pun tetap bersama
di 4s3 kita berjumpa
tapi kenapa begini kesudahannya..
perpisahan yang tiada noktahnya..
Kau pergi, dikalaku amat memerlukan
Kau pergi, dikala namamu menggerunkan
semuanya tinggal sejarah,
Titisan airmata,
Begitu kencang tiada putus-putusnya
Cikgu juga sama..
menambahkan lagi kesedihan hati yg pilu ini...

Cikgu AlBeari,
Aku amat menyanjungimu
Sebagai insan yang bergelar anak didikmu..
Hanya satu benih harapanku
Agar kau kembali
ke Sek.Men.Lok yuk
Mengembalikan istilah-istilahmu
Yang semakin luput ditelan masa
Dan ku percaya
Semuanya akan terjadi...
Insyaallah...(jasamu dikenang..2004)

~ Fantasi



Ku ingin,

hidup seindah puisi,
Melayari impian suci...
Hidup bak burung merpati,
Yang bebas di awan nan tinggi..
Tapi malangnya,
Impian yang ku bina,
karam di lautan api,
kerna aku insan biasa,
kerna aku insan lemah...

Coretan takdir hidupku,
Sudah tertulis..
Jadi! untuk apa semua impianku?
Untuk apa mimpi indahku?
Jangan!
Jangan buang masa yang berharga,
Hanya kerna engkau..
Ingin mengejar hujung pelangi..

Pergi!
Pergi segala impian,
pergi segala mimpi indah,
Usah biarku kecewa,
Usah biarku mengharap,
Kerna ku tahu,
Semua itu hanya sebuah...FANTASI...
yang takkan menjadi.....REALITI...

Tuesday, November 4, 2008

~ Kutub Utara.. Kutub Selatan..



Seperti biasa,
Kau tetap aku rindu,
Dengan bertemankan kenangan,
Aku meniti hari-hari yang bakal tiba...

Aku menghitung,
Saat hari itu tiba,
Hari aku bertemu dirimu,
Hari pertemuan antara,
Kutub Utara dan Kutub Selatan...
Setelah kita berjaya melalui,
cinta 3 musim,
Yang begitu memeritkan...

Aku mula dibuai khayalan,
Sambil didendangkan lagu asli...
Tiba-tiba aku tersentak,
Waduh-waduh aku bermimpi rupanya...
Tapi dalam hati kecilku,
Aku mengharap,
Mimpi itu menjadi kenyataan...

Tiba-tiba hari ini,
Kau muncul di depan pintu rumahku,
Aku tergamam,
Adakah aku..masih bermimpi???
Tanpa berkata apa-apa,
Kau menarik tanganku,
dan membawaku pergi,
Ke gerbang kebahagian...

~ Romeo & Juliet (versi kampung2)



Romeo kampung dipanggil Remy

Julietnya pula Juli.
Andai digandingkan, dicampur, ditolak dan dibahagi
akan bersamaan dengan belon dan lidi..
Oh, abang Remy...
Sayangkah kamu dengan saya Juli...
Ya Juliku...
Adinda,sesungguhnya aku sangat menyayangimu...
Kau ibarat matahari..
Panas membara pabila dicabar amarah
Lembut dan lemah gemalai..
Tika membodek si kumbng hati...
Masih ku ingat Juliku..
Hari..First Date kita...
Sama-Sama mengayuh sampan...
Sambil mengiramakan melodi 'Dayung Sampan'...
Kemudian,
Sama-Sama membonceng basikal..riang ria...
Namun..kenangan paling best sekali...
Adalah..Tika basikal kita pancit...
Dan engkau menghempap aku..
Menjadikan aku kurus sebegini...
Dari sebesar gajah higga sekecil semut api...

~ Kisah cinta bisu

Ku cuba memetik bintang,
Jangankan bintang, marikh pluto. Boleh ku petik sama...
Namun, apakan dayaku? memetik mangga yang diidamkan pun ku tak mampu!
Bukan mengidam umpama perempuan berbadan dua, mengidam kerna teringin nak menjamah..
Jangan di salah ertikan..
Ini kisah bukan hikayat magga, hikayat si pencinta jua hendakNya..
Di permulaan kisah, datangnya bagai di takdirkan..
Pada pandangan pertama, si teruna mencuri jiwa milik si dara tanpa sedar...
hati siapa tak terusik jika yang di damba di depan mata?
Bermula lah plan aku..ku cari nama gerangannya...
Dapat nama, ku try no.rumahnya...seat..!
Nama dapat, no.dapat, alamat dapat..

Plan B,
Layangan salam kukirim untuknya..
Planning tergugat dgn kehadiran pesaing-pesaing..
ku pendam jauh2 perasaan aku...
Hingga ke hari ini perasaan itu masaih terpendam
inginku luah jer perasaan itu...
tapi,camana kalau dia buat derk jer??
Cinta tidak semestinya memilikinya...

Akhirnya,
cerita cinta itu berakhir hingga di sana....



"andainya tak mungkin ku miliki..
keayuaan kasih impianku,
lepaskanlah asmara di jiwaku
setiaku korbankan.."

Monday, November 3, 2008

~ Aduhai Pakweku........





Aduhai pakweku.....
kalau memasak...U very know..
membeli belah tak kira waktu
membuat hatiku rasa tak tentu...

Aduhai pakweku..
tak bolehkah kau control MACHO?
melihat dirimu...
Sotong pun tak begitu

Aduhai pakweku...
U love me, I love u too..
demi aku..ubahlah caramu
kerna engkau adalah pacarku!!




~ Terbang......Bebas

bagaikan burung.......

Bersama belon cinta
yang ku lepaskan......

Menyanyi dan menari
tanpa siapa tahu.........
ingin ku terus hidup begini....

Selamanya.......

~ Bukan...Milik aku.

Kehangatan malam semalam,
membuatkan aku tidak lena tidur,
kata-kata mu,
Asyik terngiang-ngiang
di benakku,
Biarpun..
malam dan siang menjelag,

Namun..Harapan yang dinanti,
pasti tak kunjung tiba..
Meskipun..ditakdirkan
kau bukan milik aku,
Tapi dirimu
masih ku anggap..insan yang istimewa
dalam hidup aku..

Ku harap kau sedar

atas apa yang telah berlaku

Dan aku berharap
Agar kau bahagia.. bersama duniamu,yang baru...

~ Jangan pura-pura!!





Sangsi Hati ini..

Memerhati laGak Dirimu,
Selamba saja!
Seperti tiaDa apa yang berlaku...

Malam itu,
Ketika aku Keseorangan,

memerhati Bintang-bintang..

Cuba menGhindati lautan Manusia
yang membaNjiri Majlis itu...
Kau,
telah menarik lenganku..
mengajak aku berDansa,

Kita sama-sama menari mengikut rentak melodi...


Hari ini,
Kau seperti tidak mengenaliku..
TIdak sekalipun, kau megerling kearahku..

CukuplaH!!

Jangan cuba mewujudkan sandiwara dimata ku...

Jangan cuba,
mengaburi hatiku..
Setelah kau hadiahkan Ungkapan itu!!
yang membuatku..
terbayang dirimu saban waktu...


Perasaan yang hadir..
Tanpa di undang ini...

membuatkan aku celik,

mentafsir tingkah laku dirimu..

Jangan cuba menyangkal cinta itu,

Jangan berpaling tika melihat aku,

kerna aku sememangnya tahu...
Kau telah tertanam dengan diriku..


Sekali lagi!!

Jangan pura-pura..ya bang!!
bahawa kau..
Telah menyukai diriku ini!!

Friday, October 17, 2008

~ Detik



Setiap detik

yang berlalu..membuatkan aku
keresahan,
Hati yang kesunyian,
membuatkan aku ingin terbang
untuk mencari..detik kebahagiaan
Tapi,
Haruskah aku hargai detik itu
Detik yang membawa kemusnahanku
ah! biarkan ia berlalu saja
Takkan ku toleh kebelakang
dan takkan ku endah semuanya..
walaupun dengan,hati keberatan..
kerna kutahu...
hari yang mendatang
lebih bererti bagi insan sepertiku,
Akan kuhargai
setiap hari yang menjelma,
bersama insan..yang tahu
Harga sebuah kejadian...

Thursday, October 16, 2008

~ Aku...


Aku...
bukan seperti yang kau sangka
yang terlalu murah
mahal pun taklah,
akulah WIRA
bukannya hamba cinta,
diberi tunjuk
sini...sana,
sekali ku marah
sukar untuk kau percaya
kerna gunung tinggi blh jadi rendah,
kenapa,kau tak percaya?
masa pun berlalu,
engkau terus berlagu
suara sumbang yg syahdu,
hatiku jadi beku
Jika kau tak cinta lagi,
aku bukannya marah,tapi peduli apa?
sekali ku jeling, tertawan jejaka,
yang x hensem pun terpedaya
Tapi yang hensem...itu yg aku punya!!
Ha,Ha,Ha...

~ Masyghul ...



Setiaku

bisa bangat kau alpa
ku teruja
apa katanya saja
yang pasti
ia selalu disalah arti
terngiang-ngiang
tanda ku lupai
harus faham atau ndak,
cerat kau untukku
Siapa tahu!!!

Wednesday, October 15, 2008

~ coretan

Terdapat banyak kebaikan dalam sesuatu yang Hina & terdapat banyak keburukan dalam sesuatu yang Indah..


Andai hidup punca perpisahan..
Biarlah mati menyambungnya semula..
Namun, seandainya mati punca perpisahan..
Biarlah hidup membawa erti yang Nyata!!



Kita hidupkan detik kehidupan kita hanya sekali,
Tiada sesiapa yang tahu bila masa & saatnya ia akan berhenti.
Dari itu setiap amalan yang berguna
haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
Kerana,tiada siapa tahu..
Bila! kehidupan itu akan mati....



Hanya diperlukan waktu seminit, untuk mentafsir seseorang..
Sejam untuk menyukai seseorang,
Sehari untuk menyintai seseorng..

...tetapi...
memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
.

Tuesday, October 14, 2008

~ 3 elemen


Kecewa...
Pasrah...
dan Duka....


3 elemen ini.......
Amat menyakitkan andai diri diuji

3 Istilah ini.......
Punya pengertian sendiri
Kadang-kadang menimbulkan iri hati
melihat kumbang hati
milik orang lain.....

Dan aku,
pernah mengalami...
Namun sekarang,aku tersenyum puas...
Cintaku tak setaraf nilainya untuk kau
yang x tau menghargai...

~ Ku intai dari jendela kamar ku

Siang..
Pabila menyinar sang suria...
Aku menyelak tabir kamarku....
Mukamu yang baru bangun tidur,
Aku renung untuk seketika...
Kaulah sumber ilhamku...Saban hari...

Petang..

Di saat-saat hujan bemain-main di luar sana...
Kau meggesek biola..
Melemahkan sendi-sendiku
Alunan merdu,menusuk kalbuku...
Sekali lagi aku mengintai buat sekian kalinya...


Setiap malam...
Akan aku layangkan surat-surat misteri
tepat kearah koridor rumahmu...
Eleh,awak tak tahu siapa pengirimnya..
Aku jangka,
suratku pasti menjadi habuan tong sampah

Namun,,malam ini berbeza..
malam purnama, tanggal 28..
Nombor keramat bagi diriku..
Cermin jendelaku diterpa bunyi bising..
Lantai berserakan kaca...

Terselit reben merah,diikat pada sebutir batu..
Aku kaget,
Loceng rumahku,menyanyi santai..
Pintu rumah kubuka..& aku kaget..
Reben merah dalam genggamanku..
Kau ikat pada rambut hitamku..
Diriku kau peluk erat...
Dalam samar kau berbisik......"nakal ek,..intai-intai!"

~ My love Pattzi...



Sangsi isi sanubari...
Menempis segala kasih tak terperi...
Apa yang aku cari??
Untuk mencari sinar mentari??
Agar hidup berseri-seri..

Aku ingin lari....
Meninggalkan isi hati..
yang tertera nama sakti..
penyumpah,, Sang Puteri...
Agar jatuh cinta sekali lagi..

Tolonglah Cimpanzee,
Aku merayu berkali-kali,
Untuk kasih kita yang abadi..
YOU..! My Love Pattzi...

~ Kata2 Hikmah..2

  • Manusia lahir dibekali 2 mata dengan 1 mulut, agar membolehkan melihat 2 kali lebih banyak daripada bercakap
  • Jangan diikut perangai lilin, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri terbakar.. Sebaliknya contohilah perangai bulan, setiap kali bertentangan dengan matahari, bulan akan mendapat cahaya baru..
  • Harapan adalah sarapan yang nikmat tetapi makan malam yang pahit

Monday, October 13, 2008

~ coretan



Ingin ku
Bertentang mata
Dengan mu....
Tapi ,
tahi mata itu
seakan senyum
padaku.....iskk!!!

~ Duhai malam




Menjelma sesudah siang

Dinginnya terasa menusuk ke tulang
Indah diterangi bintang-bintang
Melihat camar beriringan pulang..

Hadirmu membuatku terkenang
Pada insan yang tersayang
Hanya wajah yang terbayang
Bibir mula tersenyum panjang

Tidak sedar pagi kan datang
Wajah tenang bertukar bimbang
Pabila sang bulan mula menghilang...

~ Kata2 Hikmah..1


  1. JanganlaH engkan MenCita2kan rezeki unTuk Hari esoK keRana Bahawasanya Allah meNdataNgkan RezeKi enGkau seTiaP haRi...NMs.a.w
  2. JaNgan MemikirKan Masa laMpau aTau Masa aKan Datang, teTapi taWanlah saaT ini daN aMbillah manFaatnYa...PCSI
  3. AgaMa tanPa ilMu aDalaH buTa,maNakala iLmu taNpa aGama aDalah luMpuH....AE
  4. LebiH baiK beraKhir denGan keNgeriaN daRipaDa nGeRi yanG x berKesudaHan....AP

Sunday, October 12, 2008







~ ILMU ITU PELITA HATI, MENYINARI SANUBARI, PENCETUS INSPIRASI, MEREALISASI VISI SEKALIGUS MEMBUATKAN DIRI KITA AKAN LEBIH DIHARGAI,TAPI KERAGUAN DIHATI...
BINA JATI DIRI,HIASI PERIBADI,NESCAYA KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ABADI HINGGA KE AKHIR NANTI..

~ coretan




Musim ini...

Resah ku rasakan...

Hati ini...

Pilu dan Kesepian....

Tiada lagi...

Senyum Tawamu.....

Daun Gugur

Menemani Kesedihan ku....

Selamat tinggal, hanya dariku.............(BY_AiAi)


~ Ya vs Tidak




Hati ini cuba menafikan

Perasaan yang pernah hadir
Dengan yakin aku berkata "TIDAK"
Walaupun ku tahu..
Jauh di sudut hati kecilku
Terngiang-ngiang satu suara
yang teguh mngatakan "YA"...

Kalau dulu,
Bila kau lalu,ungkapan 'Hai' akan ku dengar..
Sekarang,
Bila saja kau lalu,
Matamu tepat kearah mataku..
Tanpa suara...tanpa 'Hai'
Akhirnya..aku tundukkan mataku
Bukan kerana tewas atau mengalah
Apatah lagi takut...tidak sama sekali
Kan pandang mata takleh...Haram tuu..
Bak kata pepatah, "dari mata turun ke hati"

Dengan nekad aku tak nak
Sejarah berulang lagi...
Biarlah semua sejarah & kenangan
terkubur selamanya...
Dengan dia-dia sekali...
AmBiK mu!!!................................(BY_Ai)

~ Madah CInta@...




Mengapa kau hadir lagii?? Mengusik hatiku ini??

x bleh ke kau pergi untuk selama-lamanya...
Tolonglah..Kehadiran kau hanya akan membuatkan aku...
sakit hati untuk sekian kalinya...
Luka berdarah kembali..sememangnya, sekali aku bencii...
Selamanya akan terbuku di hatiku..
Tiada maaf bagimu..
Walaupun aku pernah menyinta,menyayang dan merindu kamu...
Namun itu kisah lama,x mungkin berulang lagi....
Lupakan saja niatmu itu!!!
Padamkan terus dari komputer ingatanmu..
Memori dulu hanya tinggal sejarah...
Sejarah yg x mungkin ada catatan istimewa dlm diari hatiku...
Waktu ini,aku ingin menangis...
tapi x setitis pun air mata ku mengalir...
Nyatalah, cintaku ini hanya utk dia...bakal pakweku!! ha!ha!ha! (By_A)

emi2ra3 © 2008 Por *Templates para Você*